PASANGAN tunang maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh sebuah lori treler rosak di Kilometer 103 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Sungai Petani, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian pukul 10.55 malam itu, penunggang wanita berusia 22 tahun disahkan maut ditempat kejadian.

Katanya, pembonceng lelaki berusia 19 tahun parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim pada pukul 3 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemandu lori treler telah berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan enjin.

“Secara tiba-tiba, sebuah motosikal jenis Yamaha Avantis datang dari arah belakang dan tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang treler,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak PLUS telah meletakkan kon di belakang lori treler terbabit sebelum kemalangan berlaku.

Baca artikel berkaitan : Penumpang maut tersepit selepas bas persiaran rempuh treler

Hasil semakan mendapati penunggang motosikal yang bekerja di sebuah restoran makanan segera tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, pemandu lori treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik bagi ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram