HOSPITAL Taiping menafikan pihaknya pernah mengeluarkan sebarang resit bayaran kepada seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan pesakit ketumbuhan otak seperti yang tular baru-baru ini.

Pengarah Hospital Taiping, Dr Hajah Narimah Yusof berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu tular sebuah ‘posting’ yang memohon bantuan kewangan daripada orang ramai untuk bayaran rawatan bagi ‘pesakit’ tersebut.

“Pihak kami telah melaksanakan tindakan sewajarnya berkenaan perkara ini untuk pengesahan dari pihak terbabit dan siasatan lanjut mendapati bahawa resit bayaran berkenaan (pesakit itu) adalah palsu dan tidak dikeluarkan dari mana-mana pihak di Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Siasatan juga mendapati bahawa penama serta maklumat nombor resit yang tertera di dalam resit berkenaan adalah tidak sahih, malah pesakit berkenaan tidak pernah mendapat rawatan di mana-mana jabatan atau klinik di bawah Hospital Taiping.

Sehubungan itu, pihak kami menafikan kesahihan resit tersebut serta mengecam tindakan individu atau pihak yang menggunapakai nama institusi kesihatan serta maklumat palsu untuk kepentingan peribadi.

“Pihak pengurusan Hospital Taiping dengan ini meningatkan orang ramai untuk berwaspada dengan taktik serta kaedah individu tidak bertanggungjawab dalam mengambil kesempatan di dalam tempoh pandemik yang mencabar ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram