kerabu suhun

Sedapnya kerabu suhun ini. Bagi anda yang menggemari juadah berkonsepkan kerabu, bolehlah cuba menggunakan suhun pula. Caranya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
100 gm suun | rendam
10 tangkai cili padi | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 batang serai | hiris halus
3 tangkai cili merah | tumbuk
Sedikit belacan | tumbuk
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar udang kering
| goreng dan tumbuk
1 biji limau kasturi | ambil jusnya

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan suun ke dalam mangkuk dan masukkan bahan-bahan hiris.
  2. Masukkan sambal belacan, udang kering dan kerisik. Gaul rata.
  3. Perahkan jus limau kasturi, perisakan dengan garam dan gula. Gaul rata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram