Himpunan #TangkapAzamBaki tindakan terdesak pembangkang-MCW

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENGANJURAN perhimpunan #TangkapAzamBaki dilihat sebagai tindakan terdesak pihak pembangkang yang mahu menarik perhatian rakyat.

Itu penegasan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim yang menyifatkan cara pihak pembangkang itu sebagai tidak beretika.

Presiden Malaysia Corruption Watch (MCW), Jais Abd Karim.

Menurut Jais, kaedah demonstrasi jalanan itu sinonim dengan parti pembangkang untuk meraih populariti murahan terutamanya dalam tempoh menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Negeri Johor yang semakin dekat.

“Ramai peniaga dan pekerja mengalami kerugian jutaan ringgit akibat tindakan mereka ini.

Sebahagian daripada peserta-perserta himpunan #TangkapAzamBaki berkumpul serta berarak di sekitar kawasan LRT Bangsar menuju ke Jalan Travers Bangsar, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Negara kita masih mempunyai pelbagai saluran dan sistem perundangan yang boleh diaplikasikan untuk menangani sebarang perkara yang dirasakan kurang sempurna atau tidak adil.

Sebahagian daripada peserta-perserta himpunan #TangkapAzamBaki berkumpul serta berarak di sekitar kawasan LRT Bangsar menuju ke Jalan Travers Bangsar, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita tidak mahu lihat segelintir rakyat digunakan dan menjadi seperti tikus memperbaiki labu dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: LRT Bangsar dipenuhi peserta himpunan #TangkapAzamBaki

Menurut Jais, perhimpunan jalanan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan kes melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Jelasnya, isu tersebut sepatutnya diselesaikan mengikut kaedah dan saluran sedia ada dalam garis panduan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sebahagian daripada peserta-perserta himpunan #TangkapAzamBaki berkumpul serta berarak di sekitar kawasan LRT Bangsar menuju ke Jalan Travers Bangsar, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, Jais mempertikaikan mengapa pihak pembangkang tidak menganjurkan demonstrasi jalanan apabila pemimpin mereka terpalit dengan isu rasuah.

Katanya, perkara itu dapat dilihat sebagai ‘double standart’ pihak pembangkang yang hanya mahu mengaut keuntungan politik dalam sesuatu isu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This