Aliff Aziz dinobatkan juara Gegar Vaganza 8, bawa pulang RM100,000!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PESERTA ‘favorite’ iaitu penyanyi Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada pentas akhir program terbabit, malam tadi.

Aliff berjaya mengenepikan lima peserta lain sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Aliff menyampaikan lagu Sampai Syurga serta duet bersama Hafiz Suip menerusi lagu Dealova.

Sementara bagi pusingan battle pula, Aliff berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun nyanyian asal oleh Aman Ra.

Dalam pada itu, Nikki Palikat berpuas hati dengan kedudukan naib juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM50,000.

Manakala ditempat ketiga pula diungguli oleh Suki Low dan membawa hadiah wang tunai RM30,000.

Adibah Noor pula berada di kedudukan keempat dan membawa pulang RM20,000.

Azan Scan pula meraih tempat kelima dan membawa pulang bersama wang tunai RM15,000 dan Aweera diumumkan sebagai peserta tempat keenam dan berjaya meraih RM10,000 sebagai hadiah kemenangan.

GV8 disiarkan secara langsung dari Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Barisan juri tetap yang menilai semua peserta pada setiap minggu adalah Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang. Manakala penyanyi rap terkemuka Joe Flizzow selaku juri jemputan pada pentas akhir tersebut.

Berikut adalah keputusan markah penuh peserta GV8 :

Juara – Aliff Aziz (83.06% )
Naib Juara – Nikki Palikat (81.26 %)
Ketiga – Suki Low (77.91 %)
Keempat – Adibah Noor (67.25 %)
Kelima – Azan Scan (64.04 %)
Keenam – Aweera (63.90 %)


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This