Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) GAMBAR: Abd Razak Aid

SEORANG bekas pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes suapan berjumlah RM170,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 pagi ini di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Suspek dipercayai menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan pengubahsuaian rumah miliknya yang dianggarkan bernilai RM170,000 daripada kontraktor sebagai balasan melancarkan segala tuntutan bayaran bagi kerja yang telah dilakukan kontraktor tersebut.         

Baca: Kontrak kapal tempur: SPRM tahan dua CEO

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Karunanithy berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini dalam masa terdekat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram