- Bernama

TIGA belas rumah penduduk di Lorong Bunga Raya 3, Jalan Kampung Bunga, Seksyen 22 di sini adalah antara yang terjejas susulan hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Shah Alam petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima laporan berhubung  kejadian ribut pada 5.15 petang yang mengakibatkan bumbung rumah penduduk tercabut dan diterbangkan angin.

Beliau berkata lapan kenderaan dan enam lot parkir sebuah pasar raya di Seksyen 13 turut dilaporkan rosak.

“Satu lagi laporan diterima daripada orang awam sekitar 6.50 petang membabitkan kepingan bumbung di tingkat dua sebuah universiti swasta di Seksyen 13 di sini terjatuh akibat angin kencang.

“Namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa bagi ketiga-tiga laporan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram