POLIS berjaya menangkap lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan kerana dipercayai terlibat dalam kes samun seorang warga Indonesia di Shah Alam, 16 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.19 petang tarikh yang sama.
Katanya, hasil maklumat itu mendapati kejadian berlaku pada jam 5.30 pagi tarikh yang sama semasa mangsa seorang diri berjalan kaki untuk membuang sampah.
“Mangsa membuang sampah di kawasan lorong tempat tinggalnya berhampiran Jalan Plumbum, Seksyen 7 Shah Alam.
“Rentetan daripada kejadian yang dilaporkan, hari yang sama jam lebih kurang 9 malam, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah berjaya membuat tangkapan ke atas kesemua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini bersama kenderaan yang digunakan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Polis buru lelaki menyamar berpakaian wanita lakukan pecah rumah di Shah Alam
Mengulas lanjut, Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan juga hendaklah dikenakan sebatan jika disabitkan bersalah.
Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani di talian 017-2892628 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

