PAS tidak pernah diberi tawaran kerus Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Itu penegasan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali yang menjelaskan dakwaan itu sebagai ‘cerita lama’.
“Desas-desus menyatakan UMNO menawarkan empat kerusi kepada Pas tetapi sebaliknya parti itu menuntut sejumlah 20 kerusi adalah cerita lama.
“Bagaimanapun, kepemimpinan tertinggi masih belum membuat keputusan sebarang kerjasama bersama parti atau gabungan lain termasuk dengan Pas, ketika lagi akar umbi mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak solo dalam PRN Johor,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.
Baca artikel berkaitan: PRN Johor medan MUDA, PEJUANG, WARISAN bukti sokongan
Samsolbari menambah, UMNO Johor masih belum mengadakan sebarang rundingan bersama Pas sehingga hari ini.
Semalam, Pas menafikan dakwaan kononnya parti itu menolak tawaran kerusi oleh UMNO kerana lebih tertarik dengan tawaran Bersatu yang dikatakan menawarkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang.
Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin, berkata setakat ini, belum ada rundingan atau perbincangan dibuat bersama UMNO Johor berhubung pengagihan kerusi bagi PRN Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), apatah lagi menyatakan pendirian menolak tawaran kerusi DUN.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

