Malaysia destinasi pelaburan paling menarik Asia Tenggara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA muncul sebagai destinasi pelaburan paling menarik di rantau Asia Tenggara bagi pelaburan asing didorong kejayaan menarik lebih RM220 bilion yang diluluskan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Kejayaan itu dicapai menerusi Indeks Peluang Global (GIO) Milken Institute 2022 yang dikeluarkan semalam.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kejayaan itu adalah bukti lanjut kepada keazaman, komitmen dan sikap proaktif kerajaan dalam membangunkan dasar yang kukuh serta cekap.

Menurut beliau, ia juga adalah bukti kerajaan sentiasa memandu reformasi domestik yang akhirnya mengangkat kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan.

“Tidak syak lagi, kejayaan ini menandakan keyakinan kukuh pelabur asing dalam ekosistem perniagaan yang cekap dan ekonomi rancak kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Indeks yang dikeluarkan itu melaporkan bahawa Malaysia memperoleh tempat teratas susulan prestasi kukuh merentas semua kategori yang diukur.

Ia termasuk mempunyai prestasi ekonomi yang mantap selain menawarkan tenaga kerja yang berkelayakan tinggi dan bersepadu teguh dengan ekonomi global.

Baca artikel berkaitan: Malaysia kekal destinasi pelaburan menarik di Asia, kata MIDA

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, ia juga menunjukkan kejayaan daripada usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melaksanakan dasar memastikan ketersediaan bakat dan perlindungan serta penghasilan pekerjaan untuk ekonomi.

Katanya, kerajaan sentiasa agresif dalam mencari peluang terutama bidang pertumbuhan baharu, memacu kerjasama lebih besar dengan industri dalam meningkatkan kemahiran dan inisiatif kemahiran semula.

Pada masa sama, kata beliau, tumpuan utama MITI tentunya mahu menarik lebih banyak pelaburan strategik ke dalam negara bagi memastikan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing paling menarik.

“Apa yang patut diberi perhatian adalah laporan itu menjelaskan bahawa Malaysia telah mengambil langkah melonggarkan sekatan dan menggubal dasar dalam memanfaatkan perkembangan perdagangannya sekali gus membantu negara berada di kedudukan pertama indeks tersebut.

“Langkah-langkah ini bertindak sebagai pendorong untuk memimpin negara ke arah peningkatan inovasi, penghasilan pekerjaan dan daya saing global.

“Ini diselaraskan dengan komitmen kita dalam mengukuhkan rangka kerja institusi dan memperdalam integrasi serantau melalui perjanjian perdagangan bebas (FTA) mega seperti Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang akan diratifikasi tidak lama lagi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This