Lebih 4,000 helai pakaian berjenama tiruan dirampas, turut dijual secara online

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang merampas 4,012 helai pelbagai pakaian berjenama terkenal tiruan bernilai RM55,120 dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Perai Jaya, dekat Bukit Mertajam semalam.

Mohd Ridzuan Ab Ghapar./ Gambar FB KPDNHEP

Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata serbuan dibuat hasil aduan daripada syarikat jenama terkenal berkenaan dan pemeriksaan di premis perniagaan itu pada 11.30 pagi mendapati premis itu dijadikan stor menyimpan semua pakaian.

“Pemeriksaan itu dijalankan selepas pihak kami menjalankan risikan sejak seminggu lepas dan semasa serbuan dijalankan terdapat dua lelaki warga asing berusia 30-an berada di premis itu dengan pelbagai pakaian yang menggunakan cap dagangan berdaftar yang disyaki palsu.

“Dalam serbuan itu kami merampas 4,012 helai kemeja-T dan seluar trek pelbagai jenama tiruan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan pemilik premis dan pakaian tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: KPDNHEP periksa 80,465 premis

Katanya siasatan awal mendapati mereka menjual pakaian berkenaan di sekitar negeri ini secara dalam talian dan borong dengan penjual dipercayai mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan hasil kegiatan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Almera gagal kawal kereta, rempuh Civic di Jalan Tun Razak

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai menekan pedal minyak secara berlebihan menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan...

More Articles Like This