sekolah
KERAJAAN tidak boleh terlalu kerap menukar sistem pembelajaran pelajar. - Gambar hiasan

GELAGAT 13 sekawan kembali ke sekolah bagi meraikan perjumpaan semula 20 tahun dengan menyarung kembali pakaian seragam ternyata mengimbau nostalgia ketika bergelar seorang murid.

Meskipun masing-masing sudah bergelar mak-mak, ia langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk tampil lengkap dengan pakaian seragam sekolah.

Menurut Rabiatul Adawiyah Ghazali, 37, dia bersama 12 rakan lain mengadakan sesi pertemuan semula itu di Sekolah Menegah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun, Terengganu pada 1 Februari lalu.

Rabiatul Adawiyah (empat dari kiri) bersama rakan-rakan yang kembali ke sekolah.

Katanya, walaupun sudah 20 tahun melangkah keluar dari sekolah tersebut, sambutan dalam kalangan bekas rakan-rakan sekelas perempuan ternyata mengharukan.

“Sebenarnya, itu idea saya untuk mengadakan ‘reunion’ bersama kawan-kawan perempuan.

“Ramai yang sudah bekeluarga dan menetap di luar Terengganu, dan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini masa terbaik untuk kami berkumpul kembali,” katanya kepada UtusanTV.

Baca artikel berkaitan: Wartawan cilik tanam impian temu ramah Perdana Menteri

Ujarnya, melihat rakan-rakan yang masing-masing sudah berkeluarga mengenakan kembali seragam sekolah mengimbau kenangan yang tak mungkin boleh diundur dengan masa.

“Semua yang hadir kena pakai seragam sekolah dan berkumpul di dalam kelas sama seperti dahulu, malah ada yang lengkap dengan beg sekolah lagi,” katanya disertai tawa kecil.

Lebih unik, ada dalam kalangan mereka sanggup meminjam baju milik anak saudara, dan tak kurang juga membeli yang baharu.

“Kami semua turut membeli lencana sekolah di koperasi,” katanya dan menambah mereka merupakan bekas murid 5 Perakaunan 1 (5P1).

Masing-masing lengkap beruniform beserta lencana.

Tambahnya, selain berkumpul mereka turut membawa juadah secara “potluck” dan bertukar-tukar hadiah.

“Tak ramai yang sertai reunion kali ini oleh kerana kami terpaksa hadkan untuk elak daripada jangkitan COVID-19, malah masing-masing kena lakukan ujian kendiri terlebih dahulu,” kongsinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram