Keadaan bas yang remuk teruk selepas hilang kawalan dalam kemalangan di Bantul.

SERAMAI 13 orang disahkan maut selepas sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan ke Pantai Parangtritis di wilayah Bantul, Yogyakarta, terbabas sebelum melanggar tebing di Bukit Bego semalam.

Bas rombongan hari keluarga itu dikatakan dipandu laju ketika melalui Jalan Mangunan menuju ke arah Imogiri sebelum merempuh pembahagi jalan dan tebing bukit di tempat kejadian.

Empat orang disahkan maut di tempat kejadian manakala sembilan lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital-hospital berdekatan.

Ketua Polis Trafik Bantul, Asisten Komisioner Gunawan Setiyabudi berkata, ketika kejadian terdapat terdapat 40 orang penumpang di dalam bas tersebut yang kesemuanya berasal dari Sukoharjo, Jawa Tengah.

“Mangsa yang maut termasuk pemandu bas, dan jumlah mungkin meningkat,” katanya memetik laporan Detik News.

Menurut saksi kejadian, Muhammad Elko Pasa, 36, bas itu hilang kawalan sebelum merempuh tebing bukit.

“Sebelum kemalangan saya sempat melihat dari atas, bas itu cuba membrek dengan purata kelajuan 80 kilometer sejam,” katanya yang berhenti membantu seorang wanita yang rosak kenderaannya.

Baca artikel berkaitan: 17 cedera selepas bas dinaiki tercabut bumbung dekat Padang Panjang

@utusantvofficial Salam takziah. #alfatihah #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tambahnya, dia terdengar jeritan beberapa orang penumpang meminta tolong, malah ada yang tercampak keluar ketika bas itu merempuh tebing bukit.

enam daripada 13 yang maut dikebumikan dalam satu liang lahad.

Dalam pada itu memetik laporan Kompas.com, enam daripada mangsa yang maut dikebumikan dalam satu liang lahad.

Keluarga mangsa bersetuju kesemua mereka dikebumikan sekali walaupun daripada dua keluarga yang berbeza.

Kesemua mangsa sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al-Gazali Nurul Falah, Dusun Kedungrejo, sebelum dikebumikan pada pukul 9.15 pagi tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram