SOP baharu: Jemaah umrah wajib ambil dos penggalak

Dari Penulis

JEMAAH umrah kini diwajibkan menerima dos penggalak yang merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) baharu berkuat kuasa 14 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jemaah umrah juga dibenar menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan portal Permohonan Kuarantin Di Rumah (HQA).

Selain itu, katanya, jemaah juga dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.

“Mereka yang dipertanggungjawabkan dari ejen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di PMA (pintu masuk antarabangsa) Malaysia,”  katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai hasil Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di ibu negara hari ini.

Baca: Rakyat Malaysia kembali dibenarkan menunaikan umrah mulai 8 Februari – Nancy

SOP baharu umrah yang akan dikuatkuasakan mulai 14 Februari./ Infografik

Menurut Hishammuddin, jemaah umrah yang akan berangkat ke Tanah Suci hari ini sehingga 13 Februari terikat dengan SOP sedia ada namun apabila pulang semula ke tanah air, mereka diwajibkan mematuhi SOP baharu yang dikuatkuasakan.

Dalam sidang media itu, beliau juga memaklumkan yang Kuartet bagi pihak kerajaan ingin mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci dan selamat menunaikan umrah kepada semua jemaah terbabit.

Kabinet sebelum ini memutuskan membenarkan umat Islam kembali mengerjakan ibadah umrah mulai hari ini.

Keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Januari lepas berikutan penularan jangkitan varian Omicron.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This