BAZAR Ramadan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan beroperasi pada tahun ini dengan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sedia ada.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, lesen bagi pengoperasian Bazar Ramadan akan diberikan kepada individu yang ingin berniaga bagi menggerakkan aktiviti ekonomi di Wilayah Persekutuan.
“Bazar Ramadan akan dibuka seluas-luasnya untuk yang ingin berniaga. Jika dapat lesen berniaga, mereka perlu berniaga dan jangan beri orang lain berniaga.
“Sekarang adalah pasca COVID-19 dan kita perlu gerakkan aktiviti ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Agrobazaar dan Karnival Trak Makanan Putrajaya di Presint 2 Putrajaya hari ini.
Shahidan sebelum itu bersama timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias menanam pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea yang terkenal dengan nama julukan pokok Sakura Malaysia, di pesisiran Tasik Putrajaya sempena kempen penanaman 400,000 pokok di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Baca: Bazar Ramadan, Aidilfitri di kawasan PKP ditutup mulai Isnin
PKP: KL benarkan bazar Ramadan beroperasi hingga raya, walaupun Selangor bertindak sebaliknya
Pada tahun lepas, pengoperasian Bazar Ramadan di semua Wilayah Persekutuan dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat antaranya kawalan keluar masuk pengunjung dan penjarakan fizikal.
Berhubung peningkatan kes COVID-19, Shahidan berkata, kementeriannya turut memantau rapi perkembangan itu.
“Aktiviti perniagaan akan terus berjalan, namun perjumpaan dalam skala besar perlu dielakkan,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

