KENAIKAN harga barangan keperluan bukan hanya di Malaysia, tetapi isu global.
Sakitnya makin dirasai kebelakangan ini, walaupun kenaikannya sudah dikesan sejak Oktober lalu lagi.
Media Amerika Syarikat melaporkan Hari Thanksgiving dan Krismas tahun 2021 yang lebih mahal – senario sama dilaporkan media Hong Kong untuk sambutan Tahun Baharu Cina bulan lalu.
Pelbagai faktor diberi, dari gangguan bekalan ketika COVID-19, cuaca ekstrem dan juga peningkatan kos lain seperti makanan ternakan dan pengangkutan
Semua itu betul. Ayam, telur dan sumber protein lain seperti daging babi meningkat dan terus meningkat sejak beberapa bulan lalu.
Ini tiada kaitan dengan parti mana menjadi kerajaan di Malaysia kerana hal ini dilaporkan di Thailand mahu pun di benua Amerika.
Jika ada yang percaya kenaikan harga barang dengan dengan parti tertentu, ingatlah, itu mitos, tahyul politik.
Di Thailand sebagai contoh, rakyatnya merungut daging babi mahal dan ramai beralih kepada ayam. Ayam pun kemudian naik harga.
Pada 20 Januari lalu, ayam dan telur dimasukkan dalam senarai barangan yang dikawal harganya di negara jiran itu.
Memetik Bangkok Post, laporan terperinci perlu diberikan pengeluar dari peringkat ladang sehingga rumah sembelihan bagi memastikan bekalannya konsisten.
Untuk makluman, kerajaan Thailand menetapkan harga runcit ayam tidak boleh melebihi 65 baht sekilogram.
Jika ditukar dalam Ringgit Malaysia, kira-kira RM8.50 sekilo. Itu bagi Thailand yang dikenali mempunyai pengeluaran cekap sehingga menjadi pengeksport utama daging ayam halal global.
Dan di Malaysia yang kos pengeluarannya lebih tinggi, harga ayam juga ditetapkan. Harganya dari RM9.10 sekilo diturunkan kepada RM8.90 – tidak jauh beza dengan Thailand.
Ini dilakukan bukan hanya melalui kawalan harga oleh kerajaan tetapi intervensi dengan memberikan subsidi kepada penternak.
Diumumkan hari ini, subsidi RM0.60 setiap kilo diberikan manakala telur pula 5 sen setiap biji.
Sesungguhnya langkah ini amatlah dialu-alukan kerana mampu meringankan beban penternak sekali gus memastikan harga di peringkat runcit berpatututan untuk manfaat pengguna.
Baca: Harga makanan dunia naik 30 peratus lapor FAO, moga RON95 kita kekal
Kerajaan beri subsidi ayam 60 sen, telur 5 sen
Satu perkara lagi yang ramai ambil mudah ialah peningkatan harga minyak global. Maklumlah peringkat runcit di Malaysia, RON95 masih RM2.05 seliter manakala diesel RM2.15 seliter.
Ini semua libatkan subsidi besar dari kerajaan untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia. Sebelum itu, tiada peningkatan tarif elektrik untuk pengguna domestik.
Bayangkan jika berlaku kenaikan harga minyak walau sedikit, berpestalah harga barang naik dan kenduri pembangkang menuding jari kepada kerajaan.
Maklumlah ada ‘pakar ekonomi’ bagi teori kata harga minyak tak naik, barang pun tak naik.
Itu satu lagi tahyul politik.
Langkah terbaharu Kabinet meluluskan pemberian subsidi kepada penternak yang libatkan impak kewangan setengah bilion ringgit perlu dihargai.
Berilah pujian pada tempatnya. Bukan semua negara ambil langkah seperti ini untuk mengawal harga barangan keperluan kepada rakyatnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

