Mohd. Khairuddin digugurkan pula daripada Majlis Syura Ulama

Dari Penulis

SELEPAS hampir satu bulan digugurkan daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bulan lalu, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali disingkirkan pula sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama.

Penguguran berkenaan berkuat kuasa semalam sekali gus membuatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu hanya menjadi ahli biasa Pas.

Perkara berkenaan disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Abdul Hadi memaklumkan pengguguran Mohd. Khairuddin telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat, Rabu lalu ekoran masalah disiplin.

“Oleh kerana pelantikan beliau dalam Majlis Syura Ulama dibuat Jawatankuasa Pas Pusat, maka Pas Pusat membatalkan pelantikan itu.

“Beliau bukan lagi Setiausaha Majlis Syura Pas berkuat kuasa semalam,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Mohd. Khairuddin digugurkan sebagai AJK Pas – Abdul Hadi

Mohd. Khairuddin dalam laman Facebook malam tadi turut memberi bayangan mengenai perkara tersebut menerusi enam hantaran mengenai kemungkaran, kuasa dan musibah.

“Jangan dimalukan seseorang secara berulang. Sekali mungkin dia berdiam dan bersabar tapi tidak selamanya dia akan berdiam diri bila maruah dicemar dan diceroboh secara berulang.

“Setiap perkara itu ada batasannya. Jangan melampaui batas kerana akibatnya sangat buruk,” katanya menerusi salah satu hantaran.

12 Januari lalu, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu digugurkan daripada jawatan AJK Pas tidak sampai dua bulan selepas dilantik.

Mohd. Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada 23 November lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This