DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri Johor mempunyai potensi besar untuk lebih maju namun ia bergantung kepada kestabilan politik.
Kata Naib Presiden UMNO itu, dalam mencapai kestabilan, adalah amat penting untuk Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.
“Setiap kerja keras harus berpandukan kepada kekuatan parti, serta jentera yang aktif di akar umbi, peranan orang muda hatta media sosial yang menjadi medium penting untuk memastikan kemenangan parti.
“Saya yakin kita boleh beroleh kemenangan sekiranya kita bersatu-padu dan saling menyokong antara satu sama lain dalam sebuah payung BN.
“Ayuh semarakkan perjuangan, Undi BN, PRN Johor 2022,” katanya di dalam hantaran Facebook rasminya hari ini.
Baca: Kemenangan BN PRN Johor bergantung kekuatan jentera – PM
Menerusi hantaran itu, Perdana Menteri turut memuat naik gambar pertemuan beliau bersama jentera BN di Dewan Putra Padang Lerek, Ledang yang disifatkannya sebagai jentera yang penuh bersemangat dalam memastikan kemenangan BN di Johor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

