21,072 kes baharu COVID-19, hanya 86 kategori 3 hingga 5

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS merekodkan trend peningkatan sejak awal bulan ini, kes baharu COVID-19 akhirnya menunjukkan sedikit penurunan, hari ini.

Bagaimanapun, jangkitan masih kekal melebihi paras 20,000 buat hari ketiga berturut-turut.

Sebanyak 21,072 kes baharu dilaporkan hari ini, turun 1,730 jangkitan berbanding semalam.

Meskipun begitu, keseriusan kes yang dilaporkan hari ini masih berada dalam keadaan terkawal.

Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 86 kes berada dalam kategori 3 hingga 5.

Kata beliau, jumlah hanya 86 kes atau 0.41 peratus daripada kadar keseluruhan itu melibatkan 58 dalam kategori 3; 20 kategori 4 dan lapan berada dalam kategori 5.

Baca artikel berkaitan: 22,802 kes baharu, jangkitan COVID-19 kini lepasi angka 3 juta

Menurut Dr. Noor Hisham, baki 20,986 kes atau 99.59 peratus lagi berada dalam kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala atau bergejala ringan.

“Pada 13 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,072 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3.040 juta kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan, 86 adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 20,969 kategori 1 dan 2,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Semalam, sebanyak 22,802 jangkitan telah dilaporkan dengan 99.54 peratus atau 22,698 daripadanya adalah dalam kategori 1 dan 2.

Sebanyak 104 kes lagi atau 0.46 peratus merupakan kategori 3 hingga 5.

Berikut pecahan kes mengikut kategori:

Kategori 1 : 5,995 kes (28.45%)
Kategori 2 : 14,991 kes (71.14%)
Kategori 3 : 58 kes (0.28%)
Kategori 4 : 20 kes (0.09%)
Kategori 5 :8 kes (0.04%)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This