PRN Johor: PKR umum lima calon di zon selatan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PKR menjadi antara parti terawal mengumumkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan mengetengahkan kumpulan nama pertama untuk bertarung di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) zon selatan.

Ia melibatkan DUN Tiram, Larkin, Kempas, Bukit Batu dan Pasir Raja.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Naib Pengerusi PKR Johor, S. Gopalakrishnan kembali diberikan kepercayaan mempertahankan kerusi DUN Tiram.

Gopalakrishnan sebelum ini terpalit kontroversi dengan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Kamis Maharan, 42, pula akan dipertaruhkan di DUN Kempas.

Napsiah sebelum ini pernah menyatakan kekecewaan dengan keputusan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menyerahkan kerusi Puteri Wangsa kepada MUDA.

Seorang lagi calon iaitu Dr. Zamil Najwah Arbain, 48, yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu akan ditampilkan semula sebagai calon DUN Larkin.

Dua lagi calon iaitu di DUN Bukit Batu dan DUN Pasir Raja pula merupakan muka baharu dengan Arthur Chiong Sen Sern, 32 di Bukit Batu manakala Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34, di Pasir Raja.

Baca artikel berkaitan: Agihan kerusi PKR, MUDA dalam PRN Johor dimuktamad hari ini

Mengulas mengenai calon yang ditampilkan, Anwar berkata, calon dipilih dilihat memenuhi citarasa dan memahami perjuangan parti.

Jelas beliau, parti berdepan kesukaran menamakan 20 calon bagi PRN Johor kerana terdapat ramai yang berkelayakan.

“Tentunya kita mahu mencapai kemenangan tetapi kita tahu dalam percaturan politik sekarang ini tak menjamin yang benar itu benar.

“Tanggungjawab kita adalah menyempurnakan tugas dengan sebaik mungkin dan memohon kepada Allah dengan dukungan rakyat, kita akan catat kemenangan bergaya, Insya-Allah.

“Jangan lupa dalam percaturan politik, ada yang jadi calon, ada yang terlepas peluang, ada yang tersisih kerana kita nak pilih 20, yang layak 2,000 dan yang berharap 20,000,” katanya dalam majlis pengumuman lima calon bagi zon selatan.

Difahamkan, PKR akan mengumumkan baki 15 lagi calon dalam dua acara berasingan, hari ini.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang kerusi yang ditawarkan PKR kepada MUDA.

MUDA dikatakan mengintai dua kerusi iaitu Larkin dan Kempas namun PKR pula dikatakan hanya bersedia menawarkan kerusi Sri Medan, Tanjung Surat dan Semarang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This