JANGKITAN COVID-19 terus menunjukkan peningkatan buat hari kedua berturut-turut apabila merekodkan sebanyak 22,133 kes baharu, hari ini.
Jumlah jangkitan itu meningkat sebanyak 818 kes berbanding 21,315 yang dikesan semalam.
Bagaimanapun, trend penularan masih menyaksikan individu bergejala ringan dalam kategori 1 dan 2 kekal tertinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 99.34 peratus jangkitan berada dalam kategori 1 dan dua merangkumi 21,987 daripada jumlah keseluruhan.
Kata beliau, kategori 2 kekal tertinggi seperti hari-hari sebelumnya merekodkan 16,156 kes atau 73 peratus.
Baca artikel berkaitan: 21,315 kes baharu COVID-19, lebih 99 peratus kategori 1, 2
Menurut Dr. Noor Hisham, kategori 1 pula mencatatkan 5,831 kes atau 26.34 peratus.
“Daripada kes harian yang dilaporkan pada 15 Februari 2022, hanya 146 kes atau 0.66 peratus dalam kategori 3 hingga 5.
“Oleh itu, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 22,133 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3.083 juta,” katanya dalam media sosial hari ini.
Semalam, sebanyak 21,315 kes telah dilaporkan dengan 99.59 peratus atau 21,228 daripadanya adalah dalam kategori 1 dan 2.
Sebanyak 87 kes lagi atau 0.41 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.
Berikut pecahan kes mengikut kategori:
Kategori 1 : 5,831 kes (26.34%)
Kategori 2 : 16,156 kes (73.0%)
Kategori 3 : 102 kes (0.46%)
Kategori 4 : 24 kes (0.11%)
Kategori 5 : 20 kes (0.09%)
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

