Buruh ditahan menyamar polis

Dari Penulis

POLIS menahan lelaki bertindak menyamar sebagai anggota polis dan menghantar rakaman video menunjukkan sepasang gari untuk menakutkan seorang peniaga di Jalan Bertan 2, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata suspek yang bekerja sebagai buruh berusia 30-an itu ditahan kira-kira 10 pagi susulan laporan polis dibuat oleh mangsa.

“Berdasarkan siasatan suspek dipercayai merakam video tersebut dengan niat untuk menakutkan lelaki itu dan meminta mangsa agar menghormati dia ekoran masalah dihadapi oleh mereka sebelum ini berkaitan isu rumah sewa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Lelaki pukul bapa tiri ditahan polis

Beliau berkata susulan penahanan lelaki berasal dari Sungai Petani, Kedah itu, polis merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat rakaman dan sepasang gari bersama anak kunci daripada suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran, katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This