SEEKOR ular tedung selar sepanjang 2.7 meter berjaya ditangkap anggota bomba dengan bantuan orang awam selepas ia “tumpang” sebuah kereta Perodua Alza milik penduduk di Pangsapuri Mutiara Court, Taman Bukit Permai, Kuala Lumpur pada petang Sabtu lalu.
Reptilia yang bersembunyi pada ruangan enjin kenderaan didakwa penduduk bukanlah kejadian yang pertama pernah berlaku di kawasan tersebut.
Menurut seorang penduduk Isranizam Isa, 41, kelibat haiwan berbisa itu dilihat salah seorang rakannya sebelum bertindak memaklumkan kepada kumpulan WhatsApp penghuni di situ.
“Penduduk kemudian bertindak menghubungi pihak bomba bagi membantu menangkap haiwan berkenaan yang mengambil masa kira-kira sejam,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Katanya, ular tersebut berjaya dikeluarkan dengan bantuan seorang lelaki yang merupakan seorang penjinak ular.
Baca artikel berkaitan: Gajah betina ditemui mati terduduk dekat Padang Terap
@utusantvofficial Boleh tahan garang ular ni @superachong #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound – UtusanTV
Akuinya, kejadian seumpama itu kerap berlaku di kejiranan itu disebabkan ia berdekatan dengan kawasan hutan yang dipenuhi semak samun.
“Sebelum ini pernah jumpa ular tedung dan sawa, malah pernah juga terjumpa kulit haiwan berkenaan,” tambahnya.
Ujarnya, dalam tempoh sebulan sekurang-kurangnya akan berlaku dua kali kes melibatkan reptilia berbisa itu dan situasi itu amat membimbangkan penduduk.
“Pernah sekali rumah jiran di tingkat dua pernah dimasuki ular, dan pernah juga seekor ular sawa ditangkap di tempat sama tedung selar ditemui Sabtu lalu,” ceritanya.
Sehubungan dia berharap supaya pihak berwajib dapat membantu penduduk di situ untuk mengambil tindakan supaya kejadian ular “tumpang” tidak lagi berlaku.
“Hutan berhampiran memang sudah bersemak dan terbiar lama. Saya harap sangat pihak berwajib akan ambil tindakan bagi membendung perkara sebegini daripada berulang,” luahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

