Wanita warga emas maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Dari Penulis

SEORANG wanita warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Kilometer 16, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, Hulu Selangor pukul 6.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa yang maut berusia 66 tahun merupakan penumpang hadapan Perodua Alza berwarna hitam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Lelaki tunjuk pasport Malaysia ‘kuasa’ memotong barisan di Linkedua

@utusantvofficial

Mangsa berusia 66 tahun merupakan penumpang hadapan Perodua Alza. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #alfatihah

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Arsad berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah Perodua Alza dan sebuah Perodua Axia.

Katanya, kemalangan berlaku selepas pemandu Perodua Alza berwarna hitam, seorang wanita berusia 34 tahun telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan apabila sampai di tempat kejadian.

“Kereta dinaiki mangsa telah melanggar sebuah lagi Perodua Alza berwarna perak dipandu seorang lelaki berbangsa India berusia 26 tahun.

“Akibat daripada pelanggaran itu, Alza berwarna perak telah berpusing dan melanggar Perodua Axia dipandu seorang wanita Melayu berusia 29 tahun,” jelasnya.

Tambahnya, mangsa yang maut telah di bawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat, manakala kesemua pemandu kenderaan yang terlibat telah di hantar ke Hospiral Selayang untuk menerima rawatan awal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita antara dua ditahan samun guna pisau, cederakan pemandu e-hailing

SEORANG wanita merupakan dua suspek yang ditahan bersabit kejadian samun bersenjatakan pisau hingga mencederakan seorang pemandu e-hailing di Terminal...

More Articles Like This