ANAK kepada pemandu Myvi yang pitam sebelum merempuh masuk ke dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, pagi tadi tampil menjelaskan punca insiden itu berlaku.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Syafiq Sidek mengatakan kejadian berlaku selepas ibunya mengalami hipoglisemia (glukosa darah menurun).
“Ibu saya mengidap kencing manis dan sedang berpuasa hari ini,” katanya dalam hantaran itu.
Jelasnya, keadaan itu menyebabkan ibunya tidak sedarkan diri tertekan pedal minyak ketika ingin membuat pusingan U sebelum merempuh kawasan kubur.
“Saya berharap agar tiada pihak yang salah sangka terhadap kejadian ini…ibu saya masih dalam keadaan trauma dan bersedih kerana baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat COVID-19,” jelasnya.
Baca artikel berkaitan: Samun: Tauke kedai emas dipercayai diekori dari awal
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemandu berusia 60 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan berlaku sedikit kerosakan pada tapak kubur.
Katanya, anak kepada wanita sudah hadir membuat laporan dan memaklumkan akan bertanggungjawab untuk baik pulih tapak perkuburan yang mengalami kerosakan.
“Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu, ketika pemandu mahu memandu keluar dari kawasan parkir selepas menziarahi kubur suaminya”.
adikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

