105 maut dalam kejadian tanah runtuh, banjir di Brazil

Dari Penulis

ANGKA kematian akibat tanah runtuh dan banjir berikutan hujan lebat pada Selasa di bandar Petropolis Brazil di Rio de Janeiro meningkat kepada 105 orang, dengan 140 mangsa masih hilang, menurut pihak berkuasa tempatan Khamis, lapor Xinhua.

Menurut pihak berkuasa pertahanan awam Rio de Janeiro, sekurang-kurangnya 400 anggota bomba bekerjasama dengan anggota tentera untuk mencari mangsa, selepas sebahagian besar Petropolis musnah akibat tanah runtuh dan banjir.

Hujan lebat pada Selasa di bandar pergunungan itu, yang terletak kira-kira 68km ke utara bandar Rio de Janeiro, mencetuskan lebih 50 kejadian tanah runtuh.

Lebih 500 keluarga dipindahkan, manakala bekalan tenaga elektrik dan air minuman turut terputus.

Baca artikel berkaitan: Selepas Rayan, pasukan penyelamat kini ‘bergelut’ selamatkan Haidar

Gabenor negeri Rio de Janeiro Claudio Castro menyamakan keadaan itu seperti “situasi perang,” manakala pejabat Datuk Bandar Petropolis menanggap keadaan itu sebagai bencana awam dan mengeluarkan amaran kepada penduduk kemungkinan hujan lebat dalam 48 jam berikutnya.

Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil menunjukkan bahawa risiko tanah runtuh baharu adalah “sangat tinggi,” memandangkan hujan lebat meningkatkan tahap kelembapan dalam tanah, yang mencetuskan kemungkinan kerpasan (pemulawapan) berskala besar baharu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This