SUSULAN kemenangannya dalam kes saman fitnah, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali menzahirkan hajatnya untuk memberi sedekah di Surau Nurul Iman, Seksyen 6, Kota Damansara, hari ini.
Menerusi perkongsian di Insta-storynya, Hidayah dilihat membeli buah-buahan sebelum menyerahkan sedekahnya itu kepada pihak surau.
Malah, Hidayah turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan serta memberi sokongan terhadapnya dan anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
BACA LAGI : Balu arwah Abam, Nor Hidayah menang kes saman fitnah, Ali Puteh perlu bayar RM60,000“Ada beberapa fakta yang tidak betul…,” – Ali Puteh akur keputusan mahkamah, tetap teruskan rayuan
“Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan Hamzah. Nak beli buah-buahan dan nak sedekah kepada orang masjid.
“Kita nak bersedekah di surau. Alhamdulillah,lepas hajat. Terima kasih yang mendoakan saya dari ‘A to Z’,” katanya.
Media melaporkan Hidayah atau nama penuhnya Siti Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali, Puteh dan diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan.
Zulqarnain memerintahkan pembayaran ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, selaku defendan.
Kes saman tersebut berhubung sebuah hantaran berbentuk penghinaan kepadanya ddalam Instagram pada dua tahun lalu yang berbunyi ‘‘Bile balu arwah Abam berhati binatang!!!’.