JANGKITAN COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan selepas merekodkan 27,808 kes baharu, semalam berbanding 26,701 yang dicatatkan hari sebelumnya.
Jumlah jangkitan yang dikesan semalam juga merupakan kadar harian kedua tertinggi pernah dilaporkan.
Malaysia merekodkan rekod tertinggi sejak gelombang Omicron melanda apabila sebanyak 27,831 kes dicatatkan, Rabu lalu.
Kadar yang dicatatkan semalam juga bermakna jumlah keseluruhan kes COVID-19 telah pun mencecah 3.166 juta sejak lebih dua tahun lalu.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan jangkitan dilaporkan semalam, hanya 0.37 peratus kes berada dalam kategori 3, 4 dan 5.
Kata beliau, kadar 0.37 peratus atau 103 kes itu melibatkan 49 dalam kategori 3; 31 kes bagi kategori 4 dan 23 lagi untuk kategori 5.
Baca artikel berkaitan: 26,701 kes baharu semalam, hanya 118 kategori 3 hingga 5
Menurut Dr. Noor Hisham, 27,705 atau 99.63 peratus kes lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2 dengan sebahagian besar iaitu 19,932 berada dalam kategori 2 iaitu gejala ringan.
“Daripada 103 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, sebanyak 43 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 41 telah menerima dua dos vaksin COVID-19 dan 19 kes lagi telah menerima dos penggalak.
“Sebanyak 50 kes merupakan individu berumur 60 tahun ke atas; 44 kes mempunyai komorbiditi; 1 kes ibu mengandung dan 16 kes pula dilaporkan telah meninggal dunia termasuk sembilan di luar fasiliti kesihatan (BID),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, sehingga semalam, penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) bagi COVID-19 di tiga negeri iaitu Johor, Perlis dan Kuala Lumpur menunjukkan pengisian melebihi 50 peratus.
Jumlah penggunaan katil kes kritikal di Johor mencatatkan 70 peratus; 64 peratus di Perlis manakala 59 peratus di Kuala Lumpur.
Lapan negeri turut merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Kelantan (108 peratus); Johor (105 peratus); Perak (104 peratus); Perlis (93 peratus); Selangor (95 peratus); Sabah (85 peratus); Kuala Lumpur (76 peratus) dan Putrajaya (66 peratus).
“Secara keseluruhannya kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19.
“Namun begitu, setiap negeri telah bersiap siaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

