pilihan raya

MEDIA rasmi kerajaan dibenarkan menjadi medium memperkenalkan semua calon termasuk calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ia selaras dengan persetujuan Jemaah Menteri bahawa stesen radio dan televisyen kerajaan, boleh memainkan peranan berkenaan supaya calon lebih mudah dikenali.

“Kita benarkan selagi ia tidak bercanggah dengan peranan media rasmi kerajaan, kerana seperti mana yang kita tahu media rasmi kerajaan bertanggungjawab menyampaikan mesej-mesej kerajaan.

“Yang bertanding nanti adalah parti, namun begitu kerajaan juga bertanggungjawab untuk menghidupkan proses demokrasi yang menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Zon Tengah, di Kluang malam ini.

Mengulas mengenai Komuniti Keluarga Malaysia terutamanya ketika PRN Johor ini, Annuar berkata perbezaan fahaman politik tidak akan menghalang matlamat penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia iaitu menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan selain memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram