Tiga PEDi baharu di Johor sedang dilaksana – Annuar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK tiga Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) sedang dilaksanakan di Johor bagi memastikan rakyat bukan sahaja mendapat capaian internet berkualiti bahkan mampu melonjakkan ekonomi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha mewujudkan lebih banyak PEDi di Johor juga sedang giat dilaksanakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menurut beliau, langkah itu seiring dengan sasaran dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan 1 PEDi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Annuar memaklumkan, tiga PEDi yang sedang dalam proses pelaksanaan itu terletak di Kampung Pagoh di Pagoh; Pulau Penarik di Ledang dan Felda Linggiu di Tenggara.

Beliau berkata, sebanyak 11 lagi masih dalam perancangan melibatkan kawasan di Tangkak; Bentayan; Simpang Jeram; Senggarang; Yong Peng; Mengkibol; Parit Yaani; Larkin; Stulang; Skudai dan Senai.

“Penambahan sebanyak 14 PEDi baharu ini menjadikan bilangan pusat ini di Johor meningkat kepada 101 berbanding hanya 87 ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annuar yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Johor bermula semalam turut melancarkan PEDi Zon Tengah di Felda Kahang Barat, Kluang, hari ini.

Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan pengguna Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Kahang Barat, Kluang, hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: KKMM terima banyak aduan berita palsu – Annuar

Sempena pelancaran tersebut, beliau turut menyerahkan sebanyak 200 pek Pakej Remaja Keluarga Malaysia kepada remaja di Felda Kahang Barat.

Di bawah pakej berkenaan, setiap remaja akan mendapat data sebanyak 20 gigabit (gb) bagi tempoh selama tiga bulan.

Mengulas mengenai pusat di Felda Kahang Barat, Annuar berkata, ia merupakan titik tolak penting transformasi ekonomi dan digital kepada penduduk setempat.

Katanya, pelaksanaan pelabgai inisiatif seperti pemerkasaan pendigitalan usahawan kecil; Rakan Digital PEDi serta program keusahawan oleh agensi kerajaan akan terus memperkasa golongan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang lebih inovatif dan berdaya saing.

Beliau memaklumkan, usahawan akan dapat menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui platform e-dagang selain memahami kebolehpasaran produk dan khidmat dalam strategi penjenamaan.

“Saya juga yakin dengan sinergi panel penasihat di setiap PEDi yang terdiri daripada wakil komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan peniaga akan memperkasa komuniti di kawasan luar bandar.

“Panel penasihat PEDi ini juga akan memantau kesemua aktiviti di setiap pusat agar program-program yang dijalankan mendapat sambutan dan berimpak tinggi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

16 bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM

SERAMAI 16 orang bekas tentera telah mula melaporkan diri sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Isnin lalu. Pengerusi...

More Articles Like This