PRESTASI skuad Harimau Malaya masih dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik sekiranya semua pihak bekerjasama.
Keyakinan itu dizahirkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung pelantikan jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan Gon.
Menurut Ahmad Faizal, beliau yakin prestasi skuad Harimau Malaya akan mencapai ke tahap yang sepatutnya lebih-lebih lagi dengan sokongan seluruh peminat bola sepak tanah air.

“Pemilihan jurulatih skuad kebangsaan ini telah dibuat dengan teliti dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua.
“Saya amat berharap supaya pasukan bola sepak negara kita akan mencapai tahap sepatutnya dengan sokongan semua,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Coffee Ride KL Car Free Morning – Kayuh Pelan-Pelan di Dataran DBKL hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jana Santhiran Muniayan; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani dan artis tanah air, Black Hanifah.

Baca artikel berkaitan: Ahmad Faizal beri bayangan kemelut Zii Jia-BAM selesai tempoh terdekat
Sementara itu, Ahmad Faizal turut menyatakan perasaan kagum terhadap kecemerlangan skuad lelaki badminton negara dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022.
Menurut Ahmad Faizal, pencapaian skuad lelaki negara melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan itu amat membanggakan.

“Saya berharap mereka dapat kekalkan momentum kemenangan dan menjuarai kejohanan kali ini.
“Sama-sama kita doakan mereka,” katanya.
Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah muncul juara BATC dengan pencapaian terbaik adalah mara ke final pada edisi 2020 di Filipina sebelum tewas di tangan Indonesia 1-3.
Malaysia akan bertemu pemenang perlawanan antara Indonesia dengan Singapura dalam aksi penentuan gelaran juara, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

