Status laporan kewangan terhadap Muhyiddin adalah … – Tengku Zafrul

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

GEMPAR apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan akan membocorkan kedudukan kewangan negara.

Manakan tidak, sukar untuk orang ramai menerima sekiranya seorang bekas Perdana Menteri yang telah mengangkat sumpah untuk menjaga kerahsiaan negara bertindak sebaliknya.

Tempias kemarahan orang ramai khususnya di media sosial turut terkena Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berikutan namanya yang disebut Muhyiddin.

Begitupun, Tengku Zafrul dalam kenyataan hari ini menjelaskan, segala laporan kewangan yang diberi kepada Muhyiddin adalah fakta umum dan bukannya rahsia kerajaan.

Tengku Zafrul berkata, laporan yang diberikan kepada Muhyiddin itu adalah sebuah laporan yang diberikan kepada sekretariat Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Ia adalah seperti laporan-laporan lain yang diberikan rakan-rakan Kabinet saya tidak kira daripada mana-mana parti.

“Sebagai Pengerusi MPN, Muhyiddin memerlukan laporan-laporan tersebut untuk mengambil keputusan yang tepat dalam membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa Malaysia ke arah pemulihan pasca Covid-19.

“Malahan, fakta-fakta ekonomi yang ada di dalam laporan tersebut merupakan fakta yang telah saya sebut berulang kali kepada Kabinet dan sesiapa sahaja orang awam.

“Saya tidak pernah sorok, baik melalui kenyataan media, ulasan saya dalam forum-forum, jawapan-jawapan parlimen dan laporan-laporan agensi seperti Bank Negara, Jabatan Statistik dan sebagainya,” katanya menerusi akaun Facebook beliau.

Baca artikel berkaitan: Pembahagian kerusi PN selesai, calon perlu angkat sumpah dan dipastikan bersih – Muhyiddin

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, fokus utama kerajaan adalah untuk memacu pemulihan negara agar rakyat dapat kembali hidup dengan selesa.

Katanya, negara ketika ini berada di atas landasan yang betul di mana aktiviti ekonomi secara keseluruhan beransur pulih dengan pantas berdasarkan indikator pelbagai aspek.

“Saya yakin kita dapat pulih mengikut perancangan dan menjana ekonomi sekaligus terus membawa keyakinan kepada pelabur untuk terus datang ke Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Johor mengeluarkan kenyataan yang beliau telah meminta laporan kewangan daripada Tengku Zafrul.

Menurut Muhyiddin, beliau akan membocorkan kedudukan kewangan negara sekiranya sampai masa nanti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This