MCMC diarah teliti semula spesifikasi pembinaan menara telekomunikasi – Annuar

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) diarah meneliti semula spesifikasi pembinaan menara telekomunikasi dari sudut kejuruteraan dan keselamatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di laman Twitter beliau malam ini berkata satu kaedah audit keselamatan perlu diadakan berikutan insiden menara telekomunikasi tumbang.

“Saya memandang berat kes menara telekomunikasi tumbang. Soal keselamatan amat penting. Pihak berkuasa pastikan piawai dipatuhi sebelum diluluskan,” katanya. 

Semalam, media melaporkan menara telekomunikasi yang tumbang dalam kejadian ribut pada petang Ahad nyaris menimpa Surau Diri Jumaat Al-Ansar di kawasan perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani di Ipoh, Perak.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This