Malaysia teliti bantuan kepada komuniti Melayu Islam Champa, peluang pekerjaan

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan kepada komuniti Melayu Islam Champa di Kemboja dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan akan dibincang lanjut dengan kerajaan negara itu.

Beliau berkata antara bidang dikenal pasti termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dapat mewujudkan tenaga berkemahiran tinggi dalam kalangan 800,000 orang masyarakat Melayu Champa di negara Asean itu.

“Untuk Datuk Othsman (Othsman Hassan, Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri Kemboja), kita akan tengok apa yang boleh kita bantu dari segi pendidikan. Difahamkan ramai belajar di Kuala Lumpur,” katanya sempena majlis makan malam bersama Keluarga Malaysia di Kemboja, malam tadi.

Baca: PM tiba lawatan rasmi sulung di Kemboja

Ismail Sabri Yaakob dan Othsman Hassan pada majlis makan malam bersama Keluarga Malaysia di Kemboja, malam tadi./Gambar FB Datuk Othsman Hassan

Perdana menteri tiba di Kemboja semalam untuk lawatan rasmi dua hari bagi mengukuhkan hubungan dua hala yang terjalin selama 65 tahun selain daripada perdagangan dan peluang pelaburan serta pergerakan rakyat antara kedua-dua negara.

Sejurus tiba, beliau telah menerima kunjungan hormat Othsman, yang turut hadir di majlis tersebut. Othsman juga merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja.

Selain itu, Ismail Sabri berkata peluang pekerjaan untuk orang Melayu Champa juga boleh diteliti memandangkan Malaysia mempunyai dua juta tenaga pekerja asing berdaftar.  

“Mungkin kita boleh lihat apa kita boleh tawarkan kepada masyarakat Melayu Islam Champa dari Kemboja untuk menjadi tenaga kerja di Malaysia. Insya-Allah masyarakat Melayu di Malaysia akan terus membantu masyarakat Melayu Islam Champa di Kemboja,” katanya.  

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This