Thailand hargai Malaysia, mahu peranan pemudah cara dalam dialog damai diteruskan

Dari Penulis

THAILAND bersetuju agar Malaysia meneruskan peranan sebagai pemudah cara dalam dialog damai di selatan negara itu selain turut menzahirkan penghargaan dalam kerjasama berterusan dalam mengukuhkan keselamatan di sepanjang sempadan kedua-dua negara,

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu telah disampaikan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha kepadanya semalam dalam satu pertemuan sempena lawatan rasminya ke negara berkenaan.

“Saya memberi komitmen untuk menyambung semula dialog yang terhenti akibat COVID-19 sebelum ini,” katanya pada satu sidang media bersama wartawan Malaysia di Bangkok hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Bangkok hari ini. Turut hadir sama, Menteri Lar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Rundingan itu disifatkan memberi harapan baharu untuk menamatkan keganasan di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla, wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam, namun rundingan secara bersemuka tergendala apabila sempadan Thailand dan Malaysia ditutup berikutan pandemik COVID-19.

Begitupun kedua-dua pihak mengadakan mesyuarat secara maya sebanyak tiga kali sepanjang tempoh itu.

Rundingan damai selatan Thailand diadakan semula secara bersemuka buat pertama kali di Kuala Lumpur bulan lepas.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor yang mewakili Kerajaan Malaysia terus berperanan sebagai pemudah cara dalam rundingan damai itu.

Pemberontakan di selatan Thailand yang bermula pada 2004 mengorbankan lebih 7,000 nyawa.

Ketua perunding, Wanlop Rugsanaoh dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, iaitu Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diketuai Anas Abdulrahman telah mengadakan mesyuarat. 

Berhubung keselamatan sempadan, Ismail Sabri berkata Malaysia komited bekerjasama dengan Thailand dalam memastikan keselamatan di sempadan kedua-dua negara kekal terjamin dan terpelihara, memperkukuh kerjasama pertahanan termasuk membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This