Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengenakan sekatan ke atas Presiden Rusia Vladimir Putin, Menteri Luar Sergey Lavrov dan pegawai kanan lain berikutan operasi ketenteraan Moscow di Ukraine.
Rumah Putih sebelum ini memaklumkan Washington akan menyertai Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan terhadap pemimpin dan diplomat kanan serta anggota pasukan keselamatan Rusia.
“Presiden Putin dan Menteri Lavrov bertanggungjawab secara langsung terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang itu, satu operasi ketenteraan tanpa provokasi ke atas Ukraine, sebuah negara berdaulat demokratik,” lapor Agensi Anadolu memetik Jabatan Perbendaharaan.
Seramai 11 anggota pasukan keselamatan Rusia dikenakan sekatan termasuk Pengarah Perkhidmatan Perisikan Asing Sergei Naryshkin.
“Kami bersatu dengan sekutu dan rakan kongsi antarabangsa kami untuk memastikan Rusia menanggung kerugian ekonomi dan diplomatik akibat tindakan itu.
“Jika perlu, kami bersedia untuk mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Rusia,” kata Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen.
Baca artikel berkaitan: Beberapa siri letupan berlaku di Kyiv pada hari kedua serangan Rusia
Operasi ketenteraan di Ukraine memasuki hari ketiga pada Sabtu dengan laporan terbaharu menyatakan tentera Rusia sedang bergerak ke Kyiv.
Putin mengumumkan operasi ketenteraan itu pada Khamis, beberapa hari selepas mengiktiraf dua wilayah di timur Ukraine.
Memetik laporan al-Jazeera, pertempuran di jalanan kini meletus di Kyiv dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenkskyy dilaporkan berkata tidak akan menyerah diri dan akan terus berjuang mempertahankan negaranya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram