PRN Johor: Khidmat dua penggal Zulkurnain jadi sandaran di DUN Sri Medan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGALAMAN selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi dua penggal berturut-turut sememangnya membuatkan penduduk Sri Medan selesa dengan khidmat diberikan Datuk Zulkurnain Kamisan. 

Sebagai anak jati Sri Medan, Zulkurnain tentunya memahami kehendak dan keperluan yang dimahukan masyarakat di kawasan berkenaan. 

Ikut wawancara lima soalan UtusanTV bersama calon Barisan Nasional (BN) DUN Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong.

UTUSANTV: Bakal pertahan kerusi DUN Sri Medan dan jika menang berada dalam penggal ketiga, Datuk yakin?

ZULKURNAIN: Apa yang saya lihat sepanjang saya menjadi wakil rakyat daripada tahun 2013, sebenarnya Sri Medan ni meliputi dua kawasan pekan yang besar iaitu Pekan Parit Sulung dan Pekan Sri Medan. Kedua-dua pekan ni mempunyai potensi sedia ada dari sudut merancakkan ekonomi dan sebagainya. Apa yang perlu saya lakukan bagaimana untuk menyemarakkan potensi sedia ada. Kalau kita lihat, di kebanyakan tempat kita sentiasa mengejar pembangunan pencakar langit dan sumber ekonomi baharu seperti industri dan sebagainya tetapi di DUN Sri Medan ni saya melihat bahawa potensi sedia ada perlu kita bangunkan seperti pertanian. Di bawah kepimpinan Datuk Hasni Mohammad sebelum ini, beliau ingin jadikan program keselamatan makanan sebagai salah satu program utama. Merancakkan semula sumber-sumber pertanian yang berada dalam DUN Sri Medan. Apa yang saya boleh bawa untuk direbut oleh masyarakat dan penduduk DUN Sri Medan, mereka perlu melihat pertanian ini boleh memberi sumber pendapatan yang tinggi dengan keluasan tanah yang ada, dengan sumber tenaga kerja. Ini satu kelebihan yang ada di DUN Sri Medan. 

UTUSANTV: Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Datuk berjaya menang di DUN Sri Medan dengan majoriti 6,040 undi. Kali ini dengan pertembungan empat penjuru dan pertambahan pengundi baharu, bagaimana peluang?

ZULKURNAIN: Saya masih meletakkan keyakinan bahawa pengundi DUN Sri Medan bijak untuk memilih dan menilai setiap individu bertanding kerana soal menawan hati pengundi terletak pada kerja-kerja kita. Tugas kita bukan sekadar sewaktu pilihan raya sahaja. Saya telah mula tanggungjawab daripada 2013 sehingga bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, pelbagai program telah kita laksanakan terutama untuk membantu dan membela rakyat ketika menghadapi COVID-19. Ini satu cabaran besar. Kita lihat ketika bulan Mac, 2020, ramai yang terkesan akibat PKP, sehingga hari ini pun kita tak pernah meninggalkan tanggungjawab untuk membantu setiap rumah yang dikuarantin. Ini semua kerja yang menjadi tanggungjawab utama kita. 

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Kalah pun UMNO akan desak bubar Parlimen – Tok Mat

UTUSANTV: Masyarakat Sri Medan tentunya telah mengenali Datuk tetapi pada pandangan Datuk apa kelebihan yang dimiliki berbanding calon-calon lain?

ZULKURNAIN: Kelebihan saya sebagai anak tempatan dan saya tinggal di kawasan DUN Sri Medan sendiri. Saya melihat bahawa lebih mudah rakyat untuk berjumpa saya, kalau ada aduan yang perlu dibawa kepada saya. Setakat hari ini, kita telah berusaha untuk beri yang terbaik dan menyantuni setiap apa juga masalah yang dibangkitkan oleh pengundi. Saya yakin mereka akan sentiasa menilai saya dari semasa ke semasa. Insya-Allah, anak-anak muda pun mengenali saya dan juga hari ini cabarannya cukup besar, sebelum ini kita fokuskan pengundi berumur 21 tahun ke atas tetapi pengundi baharu berusia 18 tahun ini, mereka mempunyai kehendak dan pandangan berbeza. Saya perlu meraikan pandangan dan apa juga pendapat mereka kerana mereka juga sebahagian daripada pengundi yang ada dalam DUN Sri Medan. 

UTUSANTV: Datuk ada sebutkan mengenai pengundi muda, jadi apa yang Datuk tawarkan kepada pengundi muda?

ZULKURNAIN: Apa yang saya tawarkan pertama sekali kemakmuran. Kedua, kita perlu menawarkan apa juga aktiviti menarik dan yang paling utama sekali bagaimana mereka melihat bahawa DUN Sri Medan berpotensi untuk memberi pelbagai bentuk ekonomi untuk mereka terlibat sama. Di kawasan DUN Sri Medan dari segi kemudahan awam, kemudahan asas, pembelajaran dan sebagainya, kita sedaya upaya untuk membantu dan mempertingkatkan dari semasa ke semasa. 

Saya tahu tugas ini bukan mudah tetapi Insya-Allah dengan sokongan dan kerajaan BN dapat menang dua pertiga, ia akan lebih memudahkan kita untuk membangunkan kawasan DUN Sri Medan. 

UTUSANTV: Nasihat Datuk kepada pengundi di Sri Medan?

ZULKURNAIN: Apa yang saya boleh katakan kepada pengundi di DUN Sri Medan, saya memohon jasa baik semua untuk memberi nilai yang terbaik kepada setiap individu yang bertanding, anda bijak memilih dan anda akan buat keputusan demi masa depan masyarakat dalam DUN Sri Medan keseluruhannya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat dalam bagasi: Badan tidak dipotong, mangsa maut akibat tetakan di kepala

MAYAT seorang wanita yang ditemukan dalam bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang disahkan meninggal dunia...

More Articles Like This