PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat maju jaya kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 hari ini.
Ucapan itu dilakukan menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini.
Dalam ucapan tersebut, Perdana Menteri yang membahasakan diri beliau sebagai Pak Long memberi ucapan kepada pelajar SPM dengan kata-kata semangat.
“Selamat menduduki peperiksaan SPM 2021 buat anak-anak Keluarga Malaysia yang tersayang.
“Buat yang terbaik demi untuk masa depan kalian. Mulakan dengan doa yang baik-baik agar dipermudahkan menjawab soalan-soalan.
“Pak Long sayang semua. Semoga berjaya,” katanya.
Peperiksaan SPM yang akan berlangsung hingga 29 Mac ini membabitkan seramai 407,097 calon di seluruh negara.
Seramai 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu di 3,382 pusat peperiksaan seluruh negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

