KISAH sedih yang menimpa aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong selepas dilaporkan lemas pada Khamis lalu, terus menjadi bualan sehingga ke saat ini dan hangat diperkatakan di media sosial.
Nida Patcharaveerapong atau lebih dikenali sebagai Tangmo (disebut Daeng-moo), 38 tahun meninggal dunia selepas dilaporkan “terjatuh” ke dalam Sungai Chao Phraya sekitar pukul 10.40 malam 24 Februari lalu.
Walaupun hari ini masuk hari ketujuh kisah sedih menimpa aktres kesayangan ramai itu, banyak persoalan timbul terutama mengenai punca sebenar kematian Tangmo selepas netizen mula menyiasat sendiri klip video kamera litar tertutup dan gambar-gambar di tempat kejadian.

Pelakon kesayangan ramai itu berkecimpung hampir 20 tahun dalam industri seni negara Gajah Putih itu dan telah membintangi pelbagai drama sepanjang kariernya.
Antara drama lakonannya adalah Benja Keta Kwarm Ruk pada 2003, Oun I Ruk (2004), Sai Ruk Sai Sawaat (2018), Bai Mai Tee Plid Plew (2019) dan terbaharu, Nuer Nai (2020).
Baca artikel berkaitan: Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran dua rumah di Sibu
Menurut laporan thethaiger.com, Tangmo pernah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 2007, yang mencederakan wajahnya sebelum melakukan pembedahan plastik.
Kisah cintanya juga sering menjadi bualan dan perdebatan di media sosial terutama melibatkan soal perkahwinan, penceraian dan juga cubaan membunuh diri.
Apa yang diketahui setakat ini:
- Terdapat enam orang di atas bot: Tangmo, pengurusnya, seorang wanita lain, dua lelaki, dan jurumudi; mereka telah menaiki bot dari Jambatan Thon Buri menuju ke Nonthaburi.
- Tangmo dilaporkan “terjatuh” ke dalam sungai sekitar pukul 10:40 malam, ketika bot menghampiri Jeti Pibul Songkhram 1.
- Rakan-rakannya mendakwa dia “terjatuh” dan “tergelincir” ketika berada di bahagian belakang bot selepas ingin membuang air kecil kerana tandas rosak.
- Pada Sabtu, 1.10 petang, pasukan penyelamat menemui Tangmo kira-kita 1KM dari lokasi beliau dilapor terjatuh berhampiran Jambatan Rama VII, Nonthaburi.
- Satu lagi laporan mengatakan mayat pelakon itu ditemui kira-kira 300 meter dari jeti Pibulsongkram.
- Abang kepada Tangmo iaitu Dayos Detjob, 44, mengecam mayat adiknya.
- Beliau ditemui dengan kesan luka pada bahagian paha.
- Laporan awal bedah siasat mendedahkan terdapat pasir di dalam paru-parunya.
- Pakar forensik menolak dakwaan beliau ke bahagian belakang bot kerana ingin membuang air kecil.
- Lesen bot tamat tempoh dan jurumudi tidak memiliki lesen kapten.
- Penumpang tidak memakai jaket keselamatan kerana mendakwa mereka tidak tahu di mana ia disimpan.

Namun, kini semua tertumpu kepada penyiasatan polis yang bakal memanggil kelima-lima individu bagi menjalani ujian pengesan poligraf bagi mengesan pembohongan.
Lima individu adalah Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat, pengurus Tangmo; Wisapat ‘Pasir’ Manomairat, Nitas ‘Job’ Kiratisoothisathorn; Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit; dan Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

