Sempadan negara akan dibuka dalam masa terdekat – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“HARI raya ni ramai tunggu-tunggu, Insya-Allah kita akan mula membuka sempadan negara dalam masa terdekat.”

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembukaan semula pintu sempadan negara bagi merancakkan semula kegiatan ekonomi dan pelancongan di Johor. 

Bagi negeri Johor, kata beliau, Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah melaksanakan skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat dengan Singapura mulai 21 Januari lalu. 

Menurut Perdana Menteri, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi memudahkan urusan pertemuan semula keluarga yang terpisah akibat pandemik COVID-19. 

Selain Singapura dan Indonesia, Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan juga sedang dalam proses untuk melaksanakan VTL darat dengan Brunei dan Thailand. 

“Saya difahamkan seramai 200,000 Keluarga Malaysia berulang alik antara Singapura dan Johor serta mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib di rumah kerana telah melaksanakan ujian saringan sebanyak dua kali iaitu semasa bertolak dari negara luar dan semasa ketibaan di Malaysia. 

“Dengan pembukaan semula sempadan, ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tak bersua muka dapat pulang terutama semasa Hari Raya pada Mei nanti,” katanya. 

Baca artikel berkaitan: Tarikh pembukaan sempadan diumum PM minggu hadapan

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri johor di Dataran Angsana, Johor Bahru, hari ini. 

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tarikh pembukaan sempadan negara akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, minggu hadapan. 

Menurut Khairy, tarikh pembukaan sempadan negara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet, semalam. 

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) pada 8 Februari lalu mencadangkan supaya pintu sempadan negara dibuka tanpa keperluan kuarantin wajib mulai awal bulan ini. 

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan (KKM) perlu diberi masa dua hingga tiga minggu untuk membentangkan kepada kabinet pelbagai cadangan serta prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan sempadan negara kepada pelawat, sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

Kata beliau, keputusan membuka sempadan harus dilihat dengan teliti memandangkan pelbagai pendapat diterima kerajaan, termasuk ada kalangan rakyat masih mahu kerajaan membuat intervensi dalam perkara-perkara terutamanya yang melibatkan SOP diperketatkan dan sebagainya, kerana takut dengan penularan COVID-19.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This