Ali XPDC diserang angin ahmar ringan selepas jalani latihan

Dari Penulis

VOKALIS kumpulan rock legenda, XPDC iaitu Ali dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor semalam selepas mengalami serangan angin ahmar ringan selepas menjalani latihan di sebuah studio muzik.

Ali atau nama sebenarnya, Mohd. Ali Ismail sebelum ini mempunyai masalah kesihatan berkaitan jantung dan pernah dimasukkan ke hospital Shah Alam dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

Menurut rakannya, pemain gitar XPDC, Izo, kejadian berlaku di sebuah restoran ketika mereka mahu makan selepas selesai berlatih di studio Eddie (pemain bass) di Pandan Indah.

“Kami dalam persiapan Konsert Jualan Hitam 2022 yang bakal berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

“Ali nampak sihat seperti tiada apa-apa masalah semasa latihan. Apabila selesai dan hujan lebat reda, kami bergerak ke restoran berdekatan sekitar jam 9.30 malam.

“Ketika ini keadaan Ali diam sahaja tak bercakap. Dia tak sempat makan kerana apabila makanan sampai, keadaannya seperti mamai dan tidak bercakap. Kami tanya pun tiada respons,” katanya memetik laporan Harian Metro.

BERITA BERKAITAN Kondisi kesihatan Ali XPDC makin baik, kena kurang buat kerja berat

Anak Izo iaitu Arif yang turut terbabit dalam XPDC segera menghubungi ambulans, manakala Izo pula segera menghubungi isteri Ali bagi menjelaskan apa yang berlaku.

“Kebetulan isteri dan anak-anaknya turut serta dan menunggu dalam kereta sekitar situ. Mereka segera datang ke restoran terbabit.

“Sementara Arif pula banyak berkomunikasi dengan doktor dan buat apa yang disuruh sehinggalah ambulans sampai. Keadaan Ali ketika itu sangat lemah.

“Saya dan penganjur bercadang melawatnya hari ini dan mendapatkan pengesahan doktor berhubung penyakit sebenar yang dihidapinya,” katanya.

Menurutnya, selepas itu baharulah mereka akan membuat keputusan samada menunda konsert atau digantikan dengan penyanyi lain.

Kali terakhir Ali, 53, mendapatkan rawatan adalah di PPUM selepas mengalami serangan jantung pada September lalu.

Awal tahun ini, Ali pernah dikejarkan ke Hospital Shah Alam selepas mengalami kesukaran bernafas dan masalah jantung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This