BOMBA Kuala Lumpur menggerakkan anggotanya ke lapan kawasan yang dilaporkan dilanda banjir kilat selepas hujan lebat melanda sekitar ibu negara petang hari ini.
Menurut satu kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur sebentar tadi, lapan kawasan itu adalah:
1. JALAN KUCHAI LAMA
Operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Seputeh, Hang Tuah dan Pantai yang diketuai PBK II Mohd Ramzan Muhamad bersama tiga buah Jentera dan 18 anggota.
Banjir kilat dilapor setinggi dua meter dan dianggarkan 12 buah kereta terperangkap.
Malah ada mangsa terpaksa berdiri di atas bumbung kenderaan dan telah diselamatkan oleh anggota bomba.
2. JALAN AIR KEROH-AIR PANAS, SETAPAK
Operasi melibatkan BPP Setapak yang diketuai PBK II Mohd Shahril Abd. Rahman bersama sebuah jentera serta lapan anggota.
Kawasan rumah penduduk dilapor dinaiki air setinggi buku lali dan mangsa dilaporkan selamat.
3. LEBUH AMPANG
Operasi melibatkan BPP Hang Tuah dan Titiwangsa yang diketuai PBK II Mazuri Mat Zain bersama dua Jentera serta 16 anggota.
Kawasan telah dinaiki air banjir kilat dan keadaan di lokasi tidak melibatkan mangsa serta banyak kenderaan terperangkap.
Keadaan terkawal kesemua mangsa telah keluar dari kenderaan yang terperangkap.
4. TAMAN SALAK SELATAN
Operasi melibatkan BPP Sungai Besi yang diketuai PBK II Mohd Fakhrusy Syakirin Mamat bersama sebuah Jentera serta lapan anggota.
Kawasan telah dinaiki air disebabkan banjir kilat dan keadaan dilaporkan stabil.
5. TAMAN U-THANT JALAN AMPANG
Operasi melibatkan BBP Keramat yang diketuai PBK II Mohd Fahbell Md. Yasin bersama sebuah Jentera serta 8 anggota.
Kawasan telah dinaiki air, pihak bomba telah mengawal keadaan serta meninjau lokasi yang terlibat. Keadaan dilaporkan stabil.
6. TAMAN SRI PETALING
Operasi melibatkan BPP Sri Petaling yang diketuai PBK II Mohd Khairul Nizad Mohd Roki bersama sebuah Jentera serta tujuh anggota.
Kawasan telah dinaiki air disebabkan banjir kilat dan pihak bomba telah mengawal keadaan serta meninjau lokasi yang terlibat. Keadaan dilaporkan stabil.

7. TASKA ROSKANI JABATAN KERJA RAYA (JKR) JALAN CHERAS BATU 2 ½,
Operasi melibatkan BPP Pudu yang diketuai PBK II Ashmawi Abd.Wahab bersama sebuah jentera serta tujuh anggota.
Kawasan telah dinaiki air disebabkan banjir kilat dan menyebabkan tebing tanah runtuh di kawasan taska.
Pihak bomba telah mengeluarkan 40 orang murid dan guru ke tempat yang selamat.
8. KAMPUNG PERIOK, KAMPUNG BARU
Operasi melibatkan BBP Titiwangsa yang diketuai PPgB Rahmat Kamarulzaman bersama sebuah jentera serta sembilan anggota.
Kawasan telah dinaiki air menyebabkan kawasan banjir di Jalan Raja Bot dan kawasan Kampung Periok, Kampung Bharu.
Kawasan itu dinaiki air setinggi tiga meter dan pihak Bomba telah mengawal keadaan serta meninjau lokasi yang terlibat.
Pihak bomba telah mengeluarkan orang awam di lokasi yang terlibat dan dipindahkan ke PPS Kelab Sultan Sulaiman Kg. Bharu.
Baca artikel berkaitan: Banjir kilat landa Kuala Lumpur, banyak kenderaan tenggelam
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

