Banjir di KL: TNB segera pulihkan bekalan ke-37 kawasan terjejas

Dari Penulis

BEKALAN elektrik kepada 37 daripada 40 kawasan di sekitar ibu negara yang terjejas akibat banjir kilat sejak petang tadi telah berjaya dipulihkan sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) setakat jam 10 malam ini.

Tiga lagi kawasan yang masih terjejas akibat penutupan bekalan elektrik sementara oleh TNB adalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Impiana Hotel KLCC dan Menara Perak.

Bekalan terpaksa dihentikan sementara demi keselamatan pengguna dan kini pasukan teknikal TNB sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan yang akan disalurkan secara berperingkat, , kata TNB dalam satu kenyataan.

BERITA BERKAITAN KL banjir: Langkah segera diambil jamin keselamatan penduduk – Ismail Sabri

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada apabila hujan lebat yang menenggelamkan pepasangan TNB.

Kesabaran dan keprihatinan pengguna semasa kerja-kerja baik pulih sedang berjalan amat dihargai.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bekalan elektrik dan aduan berkaitan pepasangan TNB, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This