Tentera Darat Malaysia terima perolehan aset baharu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TENTERA Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan aset baharu bagi memperkuatkan ketumbukan pertahanan negara.

TDM menerusi hantaran di akaun Facebooknya semalam berkata, perolehan baharu itu adalah bagi Kenderaan Jenis B (KJB) dan persenjataan.

Menurut TDM, perolehan aset baharu bagi KJB adalah melibatkan Trak 1 Tan GS Cargo, Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR), Trak 3 Tan dan 1 Tan FFR untuk MALBATT 850 serta bas 44 penumpang.

Antara perolehan aset baharu TDM. – Gambar Facebook Tentera Darat Malaysia

Bagi perolehan persenjataan pula, TDM turut menerima 280 laras senjata pada Februari lepas melibatkan 40 unit Sniper Rifle 12.7 mm dan 240 unit Light Mahcine Gun (LMG) 5.56mm.

TDM menerima 40 unit Sniper Rifle 12.7 mm baharu. Gambar Facebook Tentera Darat Malaysia

TDM menjelaskan, kesemua kenderaan dan persenjataan berkenaan telah menjalani Final Acceptance Tes (FAT) yang dilaksanakan pada hujung 2021 dan awal 2022.

Tambah TDM, perolehan aset itu sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-28 iaitu ‘Kelangsungan Misi dan Kesiagaan’ dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset TDM.

Antara aset baharu yang diperoleh TDM. – Gambar Facebook Tentera Darat Malaysia

Perolehan baharu bagi aset-aset tersebut dilakukan menerusi Majlis Penyerahan Aset TDM di perkarangan Garaj A 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP) semalam.

Majlis tersebut disempurnakan Panglima TDM, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This