PRN Johor: Perumahan, tanah dan bantuan jadi tumpuan Zulkifli

Dari Penulis

ISU perumahan, tanah dan bantuan terutama kepada peniaga menjadi tumpuan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Zulkifli Bujang dalam usaha mensejahterakan kehidupan rakyat. 

Zulkifli turut memberi jaminan akan menyelesaikan semua perkara itu sejajar dengan aspirasi kerajaan PN yang prihatin terhadap isu rakyat. 

“Rata-rata nyatakan soal perumahan, soal tanah dan bantuan khususnya yang sewajarnya diberikan kepada peniaga. Itu yang mereka harapkan. 

“Di bawah PN, kita sentiasa menitik beratkan soal keprihatinan dan kesejahteraan mereka,’’ katanya.

Zulkifli yang berpengalaman sebagai wartawan Bernama TV dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri yakin beliau dapat menabur bakti di kawasan DUN Larkin, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

“Semasa pandemik lalu, kerajaan PN telah melakukan tanggungjawab. Selepas tempoh pandemik, kita perlu memikirkan sesuatu bagaimana hendak menambah pendapatan, menstabilkan pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan. 

“Ini adalah antara perkara dan cabaran yang perlu saya fikirkan untuk penduduk di Larkin ini khususnya.

“Apabila saya menjadi calon di Larkin ini, saya rasa amat faham apa diperlukan oleh rakyat… jadi saya rasa perlu laksanakan apa yang pernah dilalui dahulu. Kalau orang perlukan bantuan maka cari penyelesaian untuk keselesaan penduduk. Maka, itu yang boleh saya tawarkan kepada penduduk khususnya di DUN Larkin ini,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: 12 peratus undi awal setakat jam 9 pagi

Mengenai pengundi muda, Zulkifli berkata, cabaran mendekati mereka juga besar, namun beliau berharap bukan pengundi muda sahaja, tetapi semua lapisan pengundi di kawasan DUN Larkin dapat beramai-ramai keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing, Sabtu ini. 

“Saya menyeru kepada semua yang mengundi di DUN Larkin supaya keluar mengundi dan laksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan masa hadapan kita bersama,’’ ujarnya.

Pada PRN kali ini, Zulkifli bakal berdepan pertandingan enam penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) iaitu Mohd Hairi Mad Shah; Dr. Zamil Najwah Arbain dari PKR dan Mohamad Riadz Mohamad Hashim yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Selain itu, DUN Larkin juga bakal menyaksikan kehadiran calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Rasid Abu Bakar dan seorang calon Bebas iaitu Nor Ramadan Buan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This