PRN Johor: 12 peratus undi awal setakat jam 9 pagi

Dari Penulis

SERAMAI 12 peratus petugas barisan hadapan terdiri polis dan tentera serta pasangan yang layak mengundi awal hari ini keluar menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat jam 9 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 63 pusat mengundi dibuka bagi proses pengundian awal PRN Johor bermula 8 pagi.

Sebanyak 83 saluran disediakan di premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti di dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem tentera.

Inspektor Nadiatul Akma Nordin,34, menunjukkan jarinya yang telah dicelup dengan dakwat selepas membuang undi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca: PRN Johor: Undi awal bermula jam 8 pagi ini

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, terdapat lebih 11,500 anggota PDRM negeri yang terbabit mengundi awal hari ini.

Anggota tentera akan mengundi di Kem Mahkota, Kluang; Kem Tebrau, Ulu Tiram; Kem Batalio Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Batu Pahat dan Kem Rejimen Keempat Artileri Diraja (4RAD), Segamat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This