DATUK Seri Ir Hasni Mohammad hampir pasti berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada PRN Johor hari ini.
Ini selepas Menteri Besar Johor itu mendahulu dengan majoriti besar.
Setakat jam 8.15 malam tadi, Hasni memperoleh 8,778 undi meninggalkan pesaing terdekatnya iaitu calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 4,801.
Berdasarkan keputusam tidak rasmi, 43 daripada 54 saluran telah dikira.
Selain Hasni dan PN, kerusi Benut turut ditandingi dua lagi calon iaitu dari PKR dan Pejuang.

