SEORANG pemandu Perodua Myvi selamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta dipandu dihempap sebuah lori membawa muatan batu yang terbabas dekat Pekan Bangi petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian kira-kira 1.40 petang
Katanya, lori tersebut dalam perjalanan dari Bandar Seri Putra menghala ke Dengkil manakala Myvi datang dari arah Pekan Bangi Lama menghala ke Kampung Bahagia.
“Sampai di tempat kejadian, pemandu Myvi berhenti di lampu isyarat.
“Semasa sedang berhenti datang sebuah lori yang memandu secara melulu dan merbahaya dari arah sebelah kanan telah melanggar Myvi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Baca artikel berkaitan: 2 maut dalam kemalangan 3 kereta dekat Kuala Terengganu
Tambahnya, akibat daripada perlanggaran itu, lori tersebut telah terhempap di atas Myvi dan pemandu lori tersepit.
“Pemandu lori dikeluarkan oleh pihak bomba telah dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan manakala pemandu Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sehubungan itu, polis masih menyiasat kejadian itu bagi mengetahui punca sebenar kejadian berlaku sama ada terdapat kecuaian daripada pemandu lori.
“Polis telah membuka kertas siasatan mengikut seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Sampel darah pemandu lori akan dihantar ke jabatan kimia bagi tujuan pemeriksaan alkohol dan dadah”.

Pihak polis menyeru kepada semua pihak terutamanya orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini. Siasatan terperinci akan dijalankan pihak polis berkait dengan kejadian ini.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini bolehlah menghubungi balai-balai polis yang berdekatan di daerah Kajang atau pegawai penyiasat kes iaitu Sarjan Hafidz di talian 012-5446961 bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

