CALON PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Dr. Maszlee Malik ketinggalan apabila hanya memperoleh 2,302 undi setakat ini.
Bekas Menteri Pendidikan itu ketinggalan dengan majoriti 868 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Abd. Mutalip Abd. Rahim yang mendapat 3,170 undi setakat pukul 8.40 malam tadi.
Baca artikel berkaitan: (TIDAK RASMI) PRN Johor: Dr Sahruddin Jamal mendahului di DUN Bukit Kepong
Dua lagi calon yang bertanding bagi DUN Layang-Layang adalah calon Perikatan Nasional (PN), Alagathiran Krishnan dan Ahmad Shafiq Othman dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, sebanyak 25 daripada keseluruhan 50 saluran telah pun dikira.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

