“Tiba-tiba saya terdetik untuk ikut sama…,”- Reen Rahim syukur diberi peluang tunai umrah bersama ibu bapa

Dari Penulis

PELAKON Reen Rahim memanfaatkan cuti panjang yang diambil dengan mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci, Kota Mekah bersama ibu bapanya pada 4 Mac lalu.

Menurut Reen,34, pada awalnya, dia hanya berniat mahu menghantar kedua orang tuanya itu namun tidak sangka diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah umrah pada saat akhir.

“Perancangan Allah itu sangat hebat, tiba-tiba saya terdetik sekali untuk ikut sama mengerjakan umrah dan Tuhan telah susun gerak hati saya dengan baik.

“Kebetulan saya juga cuti panjang dan semestinya sangat gembira apabila dapat mengerjakan umrah buat pertama kali bersama ibu bapa,” katanya menerusi laporan mStar.

Malah, pelakon drama Menantu Sepuluh Ribu itu turut meluahkan rasa syukur apabila urusannya ketika melaksanakan ibadah umrah dipermudahkan dengan bantuan sebuah agensi.

“Saya terjumpa sebuah agensi yang membawa jemaah umrah dan terus menghubungi mereka. Kalau ikutkan dari segi pengikut di Instagram mereka tidaklah terlalu banyak.

“Tetapi hati saya sangat yakin dan syukur mereka memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang berada di sini.

“Bagi saya jika berkemampuan tidak salah berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan ibu bapa kerana kita faham faktor usia mereka.

“Jadi, carilah agensi yang betul-betul menawarkan perkhidmatan terbaik untuk ibu bapa,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Reen juga menggunakan peluang ketika berada di Tanah Suci dengan menitipkan doa supaya rezekinya semakin diperluaskan bagi membalas jasa ibu bapanya.

“Jika terus diberikan rezeki yang banyak, saya mahu bantu ibu bapa dan mereka boleh berehat jadi bos di rumah.

“Biarlah ibu bapa saya dapat merasa hidup yang lebih senang selepas ini,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This